Firma Perunding Cukai & Perakaunan Berprestasi Tinggi

Abah Cukai menawarkan khidmat nasihat profesional dan bertauliah dalam bidang percukaian, perakaunan, pengurusan sumber manusia (HR), dan zakat. Kami meliputi seluruh Malaysia! Dapatkan penyelesaian yang tepat dan berkesan untuk percukaian anda.

Sembang Santai Bersama Abah Cukai


Kami turut mengadakan sesi perkongsian ilmu dan Q&A secara langsung menerusi TikTok Live, dengan membincangkan pelbagai topik berkaitan percukaian serta menjawab persoalan daripada orang ramai.


Ada persoalan tentang cukai? Tanya saja Abah Cukai. Ikuti sesi TikTok Live kami untuk mendapatkan perkongsian dan penerangan berkaitan percukaian secara lebih mudah dan santai..


Pengumuman Kerjama |
Abah Cukai × MyTaxMate


Abah Cukai Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama bersama MyTaxMate, sebuah platform digital yang dibangunkan untuk membantu memudahkan pengurusan cukai individu dan pemilik perniagaan.


Melalui teknologi yang lebih mudah dan mesra pengguna, MyTaxMate membantu pengguna mengurus maklumat serta dokumen berkaitan percukaian dengan lebih teratur daripada merekod resit sehinggalah membantu proses penyediaan maklumat untuk pemfailan cukai.


Ketahui lebih lanjut mengenai MyTaxMate di sini:
👉 mytaxmate.my


Bimbingan Pakar untuk Kejayaan Kewangan Anda

Di Abah Cukai Sdn. Bhd., kami lebih daripada sekadar ejen cukai. Kami adalah rakan kongsi anda dalam kejayaan kewangan. Mengapa memilih kami?
Kepakaran Bertauliah: Pasukan kami terdiri daripada ejen cukai berlesen dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang percukaian dan perakaunan.
Komunikasi yang Jelas: Kami percaya dalam komunikasi yang telus dan mudah difahami. Anda akan sentiasa dimaklumkan tentang status dan perkembangan urusan cukai anda.
Perkhidmatan Cepat & Cekap: Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang pantas dan cekap, menjimatkan masa dan tenaga anda.
Harga Berpatutan: Kami menawarkan pakej perkhidmatan yang berpatutan dengan kualiti yang tidak berkompromi.

Elakkan daripada membayar lebih cukai daripada yang sepatutnya! Perancangan cukai strategik adalah kunci kepada kejayaan kewangan jangka panjang. Kami membantu anda:
– Mengoptimumkan struktur perniagaan anda untuk meminimumkan cukai.
– Mengenal pasti relif cukai dan insentif yang layak anda perolehi.
– Membangunkan strategi cukai jangka panjang yang mampan.
– Menyediakan laporan dan dokumen yang diperlukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
– Menangani audit cukai dengan berkesan.
– Menangani sebarang pertikaian cukai dengan LHDN.

Pasukan ejen cukai kami pakar dalam pelbagai aspek pengurusan cukai dan perakaunan. Antara perkhidmatan kami termasuk:

Pemfailan Borang Cukai: Penyediaan dan pemfailan borang cukai tahunan dengan tepat dan cepat.

Perundingan Cukai: Nasihat pakar tentang strategi pengurusan cukai yang terbaik untuk perniagaan anda.

Pengurusan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST): Memastikan pematuhan penuh terhadap peraturan SST.

Permohonan Pengecualian Cukai: Membantu dalam permohonan pelbagai pengecualian cukai yang tersedia.

Perkhidmatan Perakaunan & Zakat: Penyediaan laporan kewangan yang tepat dan mematuhi standard perakaunan serta nasihat berkaitan Zakat perniagaan.

Jadikan Cukai & Perakaunan Bukan Lagi Masalah!

Lupakan kerumitan pengurusan cukai dan perakaunan. Biarkan kami menguruskannya untuk anda dengan cekap dan berkesan. Jimat masa dan tenaga, fokus kepada mengembangkan perniagaan anda.

VISI

Menjadi firma perunding cukai dan perakaunan yang dipercayai di Malaysia dengan pendekatan profesional, telus dan mudah difahami oleh individu serta syarikat.

MISI

Membantu pelanggan mengurus percukaian dan perakaunan secara patuh dan tersusun melalui panduan jelas, sistem digital dan layanan berintegriti.

Testimoni Klien

Ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Menguruskan cukai memang memeningkan kepala. Lepas guna khidmat Abah Cukai, semuanya jadi mudah dan cepat! Jimat banyak masa dan tenaga!
Puan Lina
Ejen Perkapalan
Saya sangat kagum dengan profesionalisme team Abah Cukai. Mereka sangat membantu menjawab semua pertanyaan saya dengan sabar. Sangat berpuas hati!
Dr Sashi
Pemilik Klinik
Abah Cukai tolong saya kurangkan penalti cukai saya! Tak sangka boleh jimat macam ni. Memang terbaik!
Ms Doris
Perladangan
Saya ada masalah dengan audit cukai, dan Abah Cukai selesaikan semuanya dengan pantas dan berkesan. Terima kasih banyak-banyak!
Encik Wan
Arkitek

Pening Kepala Dengan Cukai?
Abah Cukai Ada Jalannya!

Berhadapan masalah dengan pematuhan cukai atau audit? Pasukan pakar kami sedia membantu anda mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Berpengalaman dan bertauliah, kami akan memastikan urusan cukai anda diuruskan dengan sempurna.